IKIM fm | Radio Online Streaming

  
IKIM.fm merupakan salah satu saluran radio yang terdapat di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. Ia dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. IKIMfm dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001. Frekuensi IKIM.fm dahulunya digunakan oleh RFM (kini Red FM), sebelum bertukar ke 104.9 MHz (di Lembah Klang), pada awal tahun 2000. Ia juga boleh diikuti melalui internet di laman webnya. Rancangan dan isi kandungannya adalah bercorak agama Islam. Stesen radio ini beroperasi selama 24 jam.

Sekitar 95% programnya dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris. Anggaran rasmi oleh pihak The Nielsen Company (Malaysia), sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap semua radio-radio di Malaysia dalam kajian terbaru mereka sepertimana yang dilaporkan dalam Gelombang 2, 2010 menunjukkan sekitar 786,000 pendengar di Semenanjung Malaysia mengikuti radio Islami ini.

SURIA fm | Radio Online Streaming



Suria FM merupakan stesen radio berbahasa Melayu di Malaysia di bawah kelolaan Rimakmur Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada Star Publications (M) Berhad. Suria FM mula beroperasi pada 26 Disember 2005, tetapi tidak bersiaran ke seluruh negara sehingga 24 November 2007. Pada awalnya, ibu pejabat siaran Suria FM dipancarkan terus dari tingkat 15, Bangunan Am Assurance, No. 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur, tetapi sejak Jun 2011, ibu pejabat siaran Suria FM telah berpindah ke Tropicana City Office Towers, Level 2.01, No. 3, Jalan SS 20/27, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


dari kiri Kay Chuliano (bertopi), Yusry, Zafrina (duduk), Junn, Bob Ringoo, Faqrul and Azrene (duduk)
Suria FM memfokuskan pendengar berusia antara 18 tahun hingga 45 tahun. "Menceriakan Duniamu" digunakan sebagai cogankata stesen ini. Konsep muzik pula lebih kepada "all time favourite". Suria FM juga merupakan satu-satunya lifestyle radio dan yang pertama di Malaysia. Seramai lapan orang penyampai radio diperkenalkan dan masing-masing mengendalikan enam segmen berbeza. Kesemua penyampai radio berkenaan memulakan tugas pukul 6 pagi sehingga 2 pagi. Selepas waktu tersebut, hanya putaran lagu sahaja akan ke udara.

HOT fm | Radio Online Streaming


Hot FM merupakan radio berbahasa Melayu milik Synchrosound Studio Sdn Bhd , anak syarikat Media Prima.. Siarannya dipancarkan dari Sri Pentas, Bandar Utama. Hot FM memulakan operasi ujian pemancaran bermula 15 Januari 2006 dan mula beroperasi secara rasmi pada 5 Februari 2006. Hot FM mengambilalih frekuensi WaiFM milik Datin Seri Tiara Jacquelina, setelah WaiFM menutup operasi dan dibeli oleh Media Prima.

Hot FM mengudara selama 24 jam sehari. Diterajui oleh bekas penyampai Era FM, Seelan Paul sebagai Pengarah Rangkaian, Hot FM menyiarkan lagu-lagu 90-an, lagu-lagu Melayu terbaru, Indonesia, dan antarabangsa serta informasi tentang muzik.

Pada tahun 2009, Hot FM mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya menduduki tempat teratas di kalangan semua stesen radio di Malaysia dengan 3.8 juta pendengar mingguan, sekaligus berjaya mengatasi musuh tradisinya Era FM yang hanya meraih 3.76 juta pendengar mingguan.[

SINAR fm | Radio Online Streaming



SINAR FM ialah stesen radio Malaysia yang mula bersiaran pada 1 Mac 2004 dengan cogankata asal Cahaya Hidup Anda. Pada tahun 2007, Sinar FM menukar cogankatanya kepada Muzik Retro Terbaik yang digunakan sekarang. Ia merupakan stesen radio berbahasa Melayu di bawah pengurusan AMP Radio Networks milik Astro All Asia Networks plc yang turut memiliki rangkaian TV Astro. SINAR yang memainkan Muzik Retro Terbaik, iaitu seleksi lagu dari tahun 60-an hingga sekarang, tidak kira lagu Melayu atau antarabangsa, ialah salah satu stesen radio dengan jumlah pendengar terbanyak, dengan 3.5 juta pendengar pada tahun 2013. SINAR FM merupakan radio bahasa Melayu dengan jumlah pendengar terbanyak pada tahun 2010 dan 2011, tetapi kerana jumlah pendengar Era meningkat sehingga menjadi stesen radio nombor satu Malaysia, radio ini sekarang berada di tempat kedua.

ERA fm | Radio Online Streaming

ERA fm ialah sebuah stesen radio Malaysia dengan jumlah 4.8 juta pendengar pada tahun 2012 (dahulu jumlah 4.5 juta pendengar ERA pada tahun 2008). Stesen radio ini pernah menjadi stesen radio nombor 1 di Malaysia sehingga 2008, tetapi pada tahun 2012, ERA FM kembali menjadi stesen radio nombor 1 di Malaysia dengan hampir 5 juta pendengar. Stesen radio nombor 1 sebelum 2012 itu disandang oleh Hot FM dan Sinar FM. ERA merupakan stesen radio milik Astro Radio Sdn Bhd, anak syarikat Astro All Asia Networks dipancarkan dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Antara slot yang mempunyai jumlah pendengar yang tinggi adalah Carta ERA (kini dinamakan Carta ERA 40) dan Pagi di ERA (kini dinamakan JoHaRa Pagi ERA).

ERA fm bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998, selepas membuat siaran percubaan selama dua bulan, bermula pada Jun tahun yang sama. Stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock, yang muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan Februari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro. Stesen radio tersebut diteruskan di ASTRO, selepas slot FM digantikan oleh ERA fm. Stesen radio ini adalah stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Melayu, dan juga stesen radio pertama yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya. Lagu pertama yang diputarkan ialah dari Zainal Abidin iaitu Hijau. Kini ERA fm menyiarkan lagu dalam pelbagai bahasa yang hit.

ERA fm adalah radio yang pertama mencatat rekod dalam "The Malaysia Book Of Records" sebanyak 3 kali sejak 1998 hingga 2012. Pada 2010, ERA fm telah melebarkan sayap ke Kuching dan Kota Kinabalu, dengan studio dan penyampai yang berasal dari sana.

Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Hit Terbaik".

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More