ERA fm | Radio Online Streaming

ERA fm ialah sebuah stesen radio Malaysia dengan jumlah 4.8 juta pendengar pada tahun 2012 (dahulu jumlah 4.5 juta pendengar ERA pada tahun 2008). Stesen radio ini pernah menjadi stesen radio nombor 1 di Malaysia sehingga 2008, tetapi pada tahun 2012, ERA FM kembali menjadi stesen radio nombor 1 di Malaysia dengan hampir 5 juta pendengar. Stesen radio nombor 1 sebelum 2012 itu disandang oleh Hot FM dan Sinar FM. ERA merupakan stesen radio milik Astro Radio Sdn Bhd, anak syarikat Astro All Asia Networks dipancarkan dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Antara slot yang mempunyai jumlah pendengar yang tinggi adalah Carta ERA (kini dinamakan Carta ERA 40) dan Pagi di ERA (kini dinamakan JoHaRa Pagi ERA).

ERA fm bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998, selepas membuat siaran percubaan selama dua bulan, bermula pada Jun tahun yang sama. Stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock, yang muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan Februari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro. Stesen radio tersebut diteruskan di ASTRO, selepas slot FM digantikan oleh ERA fm. Stesen radio ini adalah stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Melayu, dan juga stesen radio pertama yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya. Lagu pertama yang diputarkan ialah dari Zainal Abidin iaitu Hijau. Kini ERA fm menyiarkan lagu dalam pelbagai bahasa yang hit.

ERA fm adalah radio yang pertama mencatat rekod dalam "The Malaysia Book Of Records" sebanyak 3 kali sejak 1998 hingga 2012. Pada 2010, ERA fm telah melebarkan sayap ke Kuching dan Kota Kinabalu, dengan studio dan penyampai yang berasal dari sana.

Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Hit Terbaik".

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More